VISI HOSPITAL BESUT
Menjadi sebuah hospital yang sentiasa dihargai melalui perkhidmatan yang mesra dan berkualiti hasil dorongan anggota yang menjiwai dan mengamalkan budaya kerja cemerlang dan sokongan kemudahan teknologi yang bersesuaian.
MISI HOSPITAL BESUT
Memberi perkhidmatan terbaik dan saksama kepada semua pesakit untuk pemulihan maksimum dengan menggunakan kemudahan teknologi yang bersesuaian secara optimum dan menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti penjagaan kesihatan.
OBJEKTIF HOSPITAL BESUT
Membantu mewujudkan individu dan masyarakat yang sihat, produktif dan bertakwa serta mempunyai kesejahteraan fizikal, rohani dan sosial untuk menyumbang ke arah kehendak-kehendak wawasan negara dengan cara :
- Mengesan, mengenalpasti dan merawat sesuatu penyakit pada peringkat awal bagi menjamin pemulihan maksimum.
- Berusaha mengawal dan mencegah penyakit dari merebak atau berlarutan sehingga menimbulkan komplikasi.
- Berusaha meningkatkan pengetahuan kesihatan di kalangan masyarakat dengan menggunakan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian.