• Home
  • PERKHIDMATAN
  • Klinikal
  • Kecemasan

LOKASI

  • Unit Kecemasan dan Trauma ditempatkan pada sebuah bangunan sebelah kanan pintu masuk utama hospital.
  • Pada 'Porch' bangunan Unit Kecemasan dan Trauma dipasang label 'KECEMASAN' dan boleh dilihat dengan jelas dari pintu masuk utama hospital.
  • Unit ini adalah berhampiran dengan:
      -  Pintu masuk utama kawasan hospital.
      -  Berhadapan dengan Klinik Pergigian Besar Jerteh. 
      -  Bersebelahan dengan Unit Pesakit Luar.

 

FUNGSI

  • Memberikan rawatan segera kepada kes-kes kemalangan dan kecemasan mengikut sistem TRIAGE pesakit.
  • Merupakan tempat saringan bagi kes-kes yang memerlukan kemasukan kedalam wad.
  • Menguruskan perkhidmatan Call Centre untuk panggilan kecemasan.
  • Perkhidmatan berkhatan mengikut permintaan.
  • Perkhidmatan OSCC (Pusat Khidmat Sepadu).
  • Menerima dan mengurus kes BID untuk tujuan post-mortem setelah mendapat permintaan pihak polis (polis 61pindaan 4/86)

 

WAKTU KERJA

  • Unit Kecemasan dan Trauma memberikan perkhidmatan 24 jam berterusan dengan kaedah kerja mengikut shif :-

          -  Shif pagi daripada pukul 7.00 pagi hingga 2.00 petang. 
          -  Shif petang daripada pukul 2.00 petang hingga 9.00 malam.
          -  Shif malam daripada pukul 9.00 malam hingga 7.00 pagi.

 

ANGGOTA KERJA

1. Pegawai Perubatan - Pada setiap masa sekurang-kurangnya seorang Pegawai Perubatan/ Pegawai Perubatan Bertugas Atas Panggilan memberi rawatan kepada pesakit.

2. Penolong Pegawai Perubatan - Penolong Pegawai Perubatan akan bertugas membantu memberi rawatan kepada pesakit. Padahari kelepasan di mana kedatangan pesakit meningkat, bilangan Penolong Pegawai Perubatan akan ditambah mengikut kesesuaian keperluan dan bergantung kepada keupayaan semasa.

3. Jururawat - Jururawat ditugaskan setiap masa untuk membantu memberi rawatan kepada pesakit.

4. Pembantu Perawatan Kesihatan - Pembantu Perawatan Kesihatanbertugas setiap masa, pada waktu puncak/ shif sibuk bilangan Pembantu Perawatan Kesihatan akan ditambah mengikut keupayaan dan keperluan.

 

Setiap kes yang datang untuk mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan dan Trauma akan disaring mengikut ‘System Triage’ berdasarkan keperluan rawatan segera dan dikodkan mengikut kod warna :-

 

KOD MERAH: Memerlukan rawatan serta-merta kurang dari 5 minit bagi mengelakkan berlaku kematian.

 

KOD KUNING: Memerlukan rawatan segera bagi mengelakkan berlakunya komplikasi/kecacatan (masa rawatan kurang daripada30 minit)

 

KOD HIJAU: Pesakit tidak kritikal dan keadaan pesakit yang setabil dan dirawat mengikut giliran dalam tempoh 90 minit atau setelah kes kod merah dan kod kuning selesai dirawat.

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam


Unit Rekod Perubatan :

Ahad - Khamis  7.30 pg – 6.00 ptg

 Farmasi Klinik Pakar : 

Ahad - Khamis 7.30 pg – 10.00 mlm 
Jumaat - Sabtu 8.00 pg - 5.00 ptg

WAKTU MELAWAT

Ahad - Khamis
 
Sesi tengahari  12.30 t/hari - 2.00 ptg
Sesi petang  4.00 ptg- 7.00 mlm

Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum

Sesi  12.30 t/hari - 7.00 mlm

 

HUBUNGI KAMI

: Hospital Besut
Jalan Pasir Akar
22000 Jerteh
Terengganu Darul Iman
: 09-6971200
: 09-6972762
 

:

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

STATISTIK PELAWAT

5.png1.png2.png0.png9.png
Hari Ini4

myGov    KKM    JPA    MAMPU    ANM    HRMIS    EP    MDEC    MSC    MYHEALTH    OSCC    MYCPD