PENGENALAN
Unit Kejuruteraan (Operasi) Hospital Besut mula ditubuhkan pada pertengahan tahun 2014 yang hanya dianggotai oleh seorang pegawai iaitu Penolong Jurutera, Gred JA29.
VISI
Menyediakan organisasi terdiri daripada pasukan kerja professional yang
cekap dan berkemahiran tinggi dalam penyediaan perkhidmatan
kejuruteraan dan teknikal yang berkualiti dan berinovatif di
Hospital Besut.
MISI
Memberikan Perkhidmatan Yang Berkualiti Kepada:
1. Pembangunan Dasar Yang Berkaitan Dengan Perkhidmatan Kejuruteraan Fasiliti Kesihatan Dan Teknikal Di Hospital Besut;
2. Perancangan, Pelaksanaan Dan Pemantauan Aktiviti Perkhidmatan Kejuruteraan Fasiliti Kesihatan Dan Perkhidmatan Sokongan Hospital Di Hospital Besut;
LOKASI
Terletak di Bangunan Unit Kerja Sosial Perubatan yang berhampiran dengan Unit Dietetik Dan Sajian serta Pejabat Kejururawatan.
FUNGSI UTAMA
Mengurus Dan Memantau Pelaksanaan Khidmat Sokongan Hospital (FEMS, BEMS,CLS,LLS & CWMS) Oleh Syarikat Konsesi Di Hospital Besut.
· Menjalankan Kerja-kerja pemeriksaan berkala ke atas 5 perkhidmatan sokongan Hospital
· Menyediakan Khidmat Nasihat Teknikal Kepada Pengarah Hospital
· Pemeriksaan Bagi Tujuan Pemotongan Yuran Syarikat Konsesi
· Penyemakan Dokumen Hospital Spesific Implementation Plan (HSIP)
· Menyediakan Spesifikasi Kerja dan Lukisan bagi Kerja-Kerja Ubahsuai / Naik Taraf
· Penyediaan Sijil Perakuan Pelupusan (PEP)