LOKASI
Pejabat Pengurusan (Pentadbiran, Sumber Manusia, Latihan dan kewangan) terletak di bangunan utama Hospital Besut berhampiran Unit Farmasi, Unit Patologi dan Tabung Darah dan Unit Rekod Perubatan.
Unit Khidmat Pelanggan terletak berhampiran Unit Kecemasan dan Trauma.
FUNGSI
Pengurusan Perkhidmatan Personal
- Perlantikan
- Penempatan / pertukaran
- Kenaikan pangkat / pemangkuan
- Pengesahan dalam perkhidmatan
- Pemberian taraf berpencen
- Persaraan
- Cuti
Pengurusan Pentadbiran
- Kuarters
- Bekalan pejabat (alat tulis)
- Surat masuk/ keluar
- Kebersihan
- Pendaftaran fail
- Pengurusan aset (harta modal dan inventori)
Pengurusan Latihan
- Peperiksaan
- Kursus, bengkel dan seminar
ANGGOTA KERJA
- Pengarah Hospital secara langsung mengetuai unit ini.
- Penolong Pegawai Tadbir ( N27 ) adalah pegawai sokongan membantu Pengarah Hospital menguruskan kerja-kerja harian.
- Pembantu Tadbir ( N 22 ) bertanggungjawab ke atas penyeliaan tugas kakitangan bawahannya.
- Pembantu Tadbir (P/O) N 17 – Pentadbiran, Sumber Manusia dan Latihan
- Pembantu Am Pejabat (PAP) melaksanakan tugas-tugas khidmat sokongan kepada pegawai dan lain-lain anggota Unit Pengurusan termasuklah mencari fail, mengedar atau mengepos surat-surat.