• Home
  • PERKHIDMATAN
  • Sokongan
  • Farmasi Bekalan

LOKASI

  1. Farmasi Pesakit Luar - terletak di bangunan utama (Bangunan Pentadbiran) iaitu di depan pintu masuk kedua dan bersebelahan dengan Unit Rekod Perubatan.
  2. Farmasi Logistik - terletak di bahagian belakang kawasan hospital. Lebih mudah untuk ke Farmasi Logistik jika memasuki kawasan hospital melalui pintu belakang hospital. Unit ini adalah bangunan yang terletak di dalam kawasan berpagar.

 

FUNGSI

  1. Unit Farmasi

    Farmasi Pesakit Luar

    a) Membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit yang mendapat rawatan sebagai pesakit luar iaitu pesakit luar am, pesakit keluar wad, pesakit dari Unit Kecemasan dan Trauma & Kemalangan dan Klinik Pakar.

    b) Memberi perkhidmatan kaunseling tentang ubat-ubatan kepada pesakit luar yang memerlukan.

     

    Farmasi Pesakit Dalam

    a) Membekalkan ubat-ubatan kepada semua unit pengguna di Hospital Besut secara:

        i) Tradisional

        ii) Unit of Use

       iii) Unit Of Dose

    b) Membuat pemeriksaan wad/ unit bagi memastikan ubat-ubatan disimpan dengan cara yang betul dan selamat.

    c) Memberi perkhidmatan kaunseling tentang ubat-ubatan kepada pesakit dalam yang memerlukan.

     

    Penyediaan Galenikal - Menyediakan  ubat-ubatan internal dan eksternal yang tidak dapat diperolehi secara komersial di pasaran untuk kegunaan di Hospital Besut. Setiap persediaan bulk akan diambil sampel untuk ujian mikrob.

     

    Farmasi Klinikal - Merangkumi dua tugasan utama:

    a) Therapeutic Drug Monitoring (TDM)

    Berfungsi untuk membentuk regimen ubat yang terbaik kepada pesakit melalui pemonitoran paras ubat dalam serum pesakit. Semua sampel darah akan dihantar ke Bahagian Farmasi Klinikal, Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk dianalisa.

    b) Perkhidmatan Maklumat Ubat

    Menyediakan maklumat tentang ubat-ubatan kepada semua pengguna termasuk pesakit, waris pesakit dan kakitangan kesihatan.

     

  2. Farmasi Logistik 
    - Menguruskan perolehan bagi ubat-ubatan, peralatan kelengkapan perubatan dan peralatan kelengkapan bukan perubatan.
    - Menguruskan penyimpanan dan pembekalan bagi ubat ubatan, peralatan kelengkapan perubatan dan peralatan kelengkapan bukan perubatan untuk Hospital Besut dan masih membekalkan sebahagian ubat-     ubatan dan peralatan kepada enam buah Klinik Kesihatan Daerah Besut.

 

ANGGOTA KERJA

Unit Farmasi:

a)Ketua Pegawai Farmasi U54

b)Pegawai Farmasi U54/U48/U44 / U41

c)Penolong Pegawai Farmasi U32

d)Penolong Pegawai Farmasi U29

e)Pembantu Perawatan Kesihatan U3

 

Farmasi Logistik :

a) Pegawai Farmasi U48

b) Pegawai Farmasi U41

c) Pembantu Tadbir N17

d) Pekerja Rendah Awam R1

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam


Unit Rekod Perubatan :

Ahad - Khamis  7.30 pg – 6.00 ptg

 Farmasi Klinik Pakar : 

Ahad - Khamis 7.30 pg – 10.00 mlm 
Jumaat - Sabtu 8.00 pg - 5.00 ptg

WAKTU MELAWAT

Ahad - Khamis
 
Sesi tengahari  12.30 t/hari - 2.00 ptg
Sesi petang  4.00 ptg- 7.00 mlm

Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum

Sesi  12.30 t/hari - 7.00 mlm

 

HUBUNGI KAMI

: Hospital Besut
Jalan Pasir Akar
22000 Jerteh
Terengganu Darul Iman
: 09-6971200
: 09-6972762
 

:

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

STATISTIK PELAWAT

5.png1.png2.png1.png0.png
Hari Ini5

myGov    KKM    JPA    MAMPU    ANM    HRMIS    EP    MDEC    MSC    MYHEALTH    OSCC    MYCPD