• LAPORAN PERUBATAN

     

    CARA MEMOHON

    Permohonan laporan perubatan boleh dibuat seperti berikut :

    i. Hadir terus ke kaunter Unit Rekod Perubatan dan kemukakan borang permohonan berserta dokumen dan butiran lengkap.

         (Borang permohonan boleh diperolehi di Unit Rekod Perubatan)

    ii. Hantar permohonan bertulis bersama dokumen serta butiran lengkap.

     

    DOKUMEN/BUTIRAN LENGKAP YANG DIPERLUKAN

    i. Maklumat nama, no. kad pengenalan, alamat, tarikh rawatan, tempat terima rawatan

    ii. Salinan kad pengenalan pesakit

    iii. Salinan sijil kematian (jika pesakit meninggal dunia)

    iv.  Salinan kad temujanji klinik/nota discaj

    v. Surat keizinan pesakit

    •  jika pesakit berumur 18 tahun ke atas, perlu surat keizinan dari pesakit sendiri

    •  jika pesakit berumur < 18 tahun, perlu surat keizinan dari ibu/bapa

    •  jika pesakit meninggal dunia, perlu surat keizinan dari waris terdekat

    vi. Bayaran dalam bentuk wang tunai atau wang pos/kiriman wang/cek atas nama Pengarah Hospital Besut

    vii. Borang Tuntutan Insuran/KWSP/PERKESO (jika berkenaan)

    TEMPOH SIAP LAPORAN PERUBATAN

    Laporan perubatan yang dipohon akan disiapkan dalam tempoh 4 minggu dari tarikh terima permohonan lengkap.

    KADAR BAYARAN (Tertakluk kepada Akta Fee 1972)

    WARGANEGARA

    Jenis Laporan Jumlah
      Laporan biasa/ insuran/PERKESO/KWSP RM 40
      Laporan ringkas disediakan oleh pakar RM 80
      Laporan lengkap disediakan oleh pakar RM 200 - RM1000
    (bergantung kepada kerumitan menyediakan pendapat)


    BUKAN WARGANEGARA

    Jenis Laporan Jumlah
      Laporan biasa/ insuran RM 120
      Laporan ringkas disediakan oleh pakar RM 160
      Laporan lengkap disediakan oleh pakar RM 400 - RM2000
    (bergantung kepada kerumitan menyediakan pendapat)

    *  Bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui cek/ kiriman wang/wang pos yang perlu dibuat atas nama Pengarah Hospital Besut.

  • SMS DAN AMBIL

    NAMA PENUH <jarak> NO.KAD PENGENALAN <jarak> NO.SIRI
    dan HANTAR ke 013-9163885

     

     

    • Perkhidmatan ini hanyalah untuk ubat sambungan yang dibekalkan secara separa sahaja
    • Sekeping kad SMS dan Ambil akan diberikan kepada pesakit manakala preskripsi asal akan disimpan oleh pihak Farmasi
    • Pesakit mesti membawa bersama kad SMS dan Ambil semasa mengambil ubat
    • Pesakit diminta menghantar SMS sebelum mengambil ubat
      3 hari untuk ubat tablet
      1 hari untuk ubat sirup
  • CAJ DAN BAYARAN

     
    KAUNTER HASIL
    Ahad - Rabu 8.00pg - 5.00optg
    Khamis 8.00pg - 3.30ptg
    Hari Kelepasan Minggu / Cuti Umum 9.00pg - 2.00ptg

    Selepas waktu di atas bayaran dilakukan di Unit Khidmat Pelanggan yang beroperasi 24jam.

     

    Dokumen Yang Diperlukan


     Borang Rujukan Masuk Wad, Kad Pengenalan/Passport atau Surat Beranak, NomborTelefon (jika ada), Alamat semasa dan Surat Jaminan / Dokumen berkaitan.

     

    BAYARAN


     A.  Orang Awam (Warganegara Malaysia)

    i.  Bayaran Deposit

        Jenis Rawatan Kelas 3
        Perubatan RM 20
        Pembedahan RM 30
        Orthopedic RM 30
        ENT RM 20
        Obstetric RM 15
        Gynaecology RM 20
        Paediatric RM 20

     

    ii.  Bayaran Wad dan Rawatan (Akta Fee 1951)

    Kelas Caj Wad Sehari Caj Rawatan Sehari
    Kelas 3 RM 3 Percuma

     

    B.  Orang Awam (Warganegara Asing)

    i.  Bayaran Deposit

        Jenis Rawatan Kelas 3
        Perubatan RM 1000.00
        Pembedahan RM 2000.00
        Orthopedic RM 2000.00
        Obstetric RM 2000.00
        Gynaecology RM 2000.00

    *  UNHCR/Pelarian dikenakan caj separuh daripada deposit dan jumlah bil

    **  Bagi kes-kes obstetrik yang melibatkan isteri/suami warganegara asing, sila kepilkan surat nikah yang telah didaftarkan dimana-mana pejabat agama dalam Malaysia untuk mendapatkan kadar bayaran warganegara Malaysia

     

    ii.  Bayaran Wad dan Rawatan (Akta Fee 1951)

    Kelas Caj Wad Sehari Caj Rawatan Sehari
    Kelas 3 RM 160 RM 100

     

    C. Pegawai Kerajaan

    i.  Sila bawa Surat jaminan

    ii. Keluarga pegawai kerajaan yang boleh mendapat rawatan percuma

    •  Isteri/suami
    •  Ibubapa kandung
    •  Ibubapa tiri/angkat - sertakan surat pengesahan seperti surat nikah, surat pengesahan anak angkat
    •  Anak kandung - kurang 18 tahun atau kurang daripada 21 tahun jika masih belajar, dengan menyertakan surat pengesahan tempat belajar
    •  Anak tiri/angkat – sertakan sijil nikah ibubapa atau surat pengesahan anak angkat
    •  Anak-anak OKU

     

    D. Pesara Kerajaan

    i.  Sila bawa salinan dan Kad Pesara asal untuk pengesahan

    ii.  Keluarga pesara kerajaan yang boleh mendapat rawatan percuma

    •  nama yang terdapat pada kad pesara sahaja
    •  anak berumur bawah 18 tahun atau kurang daripada 21 tahun jika masih belajar, dengan menyertakan surat pengesahan tempat belajar

     

    E. Pekerja Swasta

    i.  Sila bawa surat jaminan bagi majikan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

    ii.  Caj dikenakan mengikut kadar yang dikenakan keatas orang awam Warganegara Malaysia atau Warga Asing.

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam


Unit Rekod Perubatan :

Ahad - Khamis  7.30 pg – 6.00 ptg

 Farmasi Klinik Pakar : 

Ahad - Khamis 7.30 pg – 10.00 mlm 
Jumaat - Sabtu 8.00 pg - 5.00 ptg

WAKTU MELAWAT

Ahad - Khamis
 
Sesi tengahari  12.30 t/hari - 2.00 ptg
Sesi petang  4.00 ptg- 7.00 mlm

Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum

Sesi  12.30 t/hari - 7.00 mlm

 

HUBUNGI KAMI

: Hospital Besut
Jalan Pasir Akar
22000 Jerteh
Terengganu Darul Iman
: 09-6971200
: 09-6972762
 

:

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

STATISTIK PELAWAT

5.png1.png2.png0.png9.png
Hari Ini4

myGov    KKM    JPA    MAMPU    ANM    HRMIS    EP    MDEC    MSC    MYHEALTH    OSCC    MYCPD